Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tampil Dengan Gimik Unik, Warga Indonesia Kongsi Detik Siaran TV Analog Dipotong Secara ‘Live’

today4 November 2022

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sekiranya Mac 2019 lalu menyaksikan Malaysia secara rasmi menamatkan siaran TV analog, kini giliran negara jiran iaitu Indonesia mengumumkan perkara yang sama pada 3 November lalu.

Di sebalik pengumuman yang dibuat, Indonesia berjaya tampil dengan sebuah gimik istimewa dalam mengucapkan selamat tinggal buat siaran TV analog yang bakal ditamatkan.

Menerusi gimik yang ditampilkan, dapat dilihat dua individu penting telah dijemput dalam meletakkan tangan mereka pada skrin sebagai tanda berakhirnya era zaman TV analog.

Dalam pada itu, apa yang menarik adalah countdown yang dilakukan seolah seiring dengan penamatan TV analog di mana para penduduk Indonesia turut merakamkan detik bersejarah tersebut. Dapat dilihat di mana pengguna TV analog tidak lagi dapat mengakses siaran pada TV analog mereka sejurus selepas countdown berakhir.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hairi Ariff


Previous post