Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Resepi Tempe Goreng Rangup, Memang Berbeza & Tak Cukup Satu!

today9 November 2022

Background


Siapa suka makan tempe? Selain rasanya yang sedap, tempe mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan. Pelbagai idea masakan boleh dicuba menggunakan tempe dan paling popular sekali sudah tentunya tempe goreng rangup.

Biasanya peniaga hanya menggoreng tempe bersama serbuk kunyit. Apa kata anda cuba resepi tempe goreng rangup di bawah. Memang sedap dan tak cukup satu!

Baca juga: Mudah Je Rupanya Asingkan Bji Cili Kering, Bila Masak Pun Kurang Terpercik!

RESEPI TEMPE GORENG RANGUP, MEMANG BERBEZA &  TAK CUKUP SATU

tempe

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Ketumbar
  • Jintan
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Bawang putih
  • Air suam

Cara penyediaan:

1. Tumbuk semua bahan di atas kecuali tepung.

2. Bancuh tepung dengan air suam dan campurkan dengan bahan tumbuk

3. Celupkan tempe ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga warna keperangan.

Sedia untuk dihidangkan. Cicah dengan sambal kicap pun sedap. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Mas Intan Masman



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Haidatina Aznam


Previous post