KOTA MARUDU – Kegagalan dalam hidup tidak bermakna gagal berterusan, jika ada pilihan terbaik pastinya individu tersebut berjaya bangkit semula.
Itulah yang dialami Felicia Janari, 41, seorang Sahabat Usahawan AIM Cawangan Matunggong yang kini merupakan pengusaha cendawan berjaya di daerah tersebut.
Dia yang pernah putus asa dalam kehidupannya sebelum ini telah dibantu oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak lima tahun lalu.
Kehidupannya kini berubah malah membantu meningkatkan ekonomi di kawasan tersebut dengan menawarkan pekerjaan kepada penduduk setempat.
“Melalui pembiayaan dan bantuan AIM, saya kini mampu meningkatkan ekonomi diri dan keluarga,” katanya kepada Kosmo!.

Ibu kepada empat anak berasal dari Kampung Karangawan di sini telah berjaya menjana pendapatan lumayan melalui jualan hasil produk cendawan yang diusahakan di dua buah ladang miliknya.
Selain itu katanya, syarikat tersebut juga menghasilkan produk penjagaan diri dan kosmetik berasaskan cendawan seperti…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: