Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Affin Bank lancar kad kredit, debit UKM

today17 November 2022

Background


PETALING JAYA – Affin Bank Berhad semalam melancarkan Kad Kredit dan Debit Jenama Bersama Alumni UKM AFFIN yang direka khusus buat warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), termasuklah Alumni dan Alumni Bersekutu.

Jalinan kerjasama yang pertama seumpamanya antara Affin Bank dan UKM itu menawarkan warga UKM pelbagai keistimewaan merangkumi kad identiti berserta paparan maklumat akronim fakulti dan tarikh graduasi, pengecualian yuran tahunan seumur hidup serta penjimatan dalam bentuk ganjaran, diskaun dan keistimewaan.

Ia turut menyediakan diskaun sehingga 50 peratus untuk manfaat dan keistimewaan alumni termasuk yuran pendaftaran pengajian pascasiswazah (arus perdana), yuran pendaftaran keahlian Perpustakaan UKM, yuran pendaftaran kursus terpilih dan banyak lagi.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, kerjasama berkenaan adalah bukti komitmen pihaknya untuk meluaskan jaringan segmen pelanggan, ke arah memudahkan akses kepada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post