Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pada tahun 2020 lalu, ketika situasi yang agak sama yang berlaku pada hari ini, Yang Di-Pertuan Agong pernah mengagihkan KFC dan McDonalds kepada pengamal media yang sedang menunggu perkembangan politik negara ketika itu.
Artikel Berkaitan:
Hari ini sekali lagi pengamal media ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara untuk membuat liputan perkembangan politik, di mana semua orang sedang menunggu berita siapakah bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke-10.
Dalam satu ciapan Faris Danial, pengamal media daripada Astro Awani telah berkongsi rakaman video pendek di mana pihak Istana Negara telahpun menyiapkan beberapa khemah serta makanan dan minuman kepada para media yang bertugas di situ.
Perkembangan semasa di Istana Negara.
Setakat jam 12 tengah hari, belum ada pergerakan daripada mana-mana pemimpin gabungan parti politik di sini.
Mujur pihak Istana Negara sediakan makanan & minuman untuk kami pengamal media. @501Awani
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: