Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Sime Darby Oils bantu Pertubuhan Amal Uncle Kentang

today22 November 2022

Background


PETALING JAYA – Sime Darby Oils telah menghulurkan sumbangan lebih daripada RM17,000 kepada Pertubuhan Amal Uncle Kentang sebagai usaha untuk memudahkan pertubuhan tersebut melaksanakan kerja-kerja amal bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Sumbangan tersebut diperoleh melalui kempen #SayaDanNatrieo yang telah diadakan dari April hingga Jun lalu, yang mana syarikat berjaya menjual lebih daripada 3,000 botol produk ­suplimen, Natrieo Tri E Tocotrienols di seluruh negara.

Melalui penganjuran kempen tersebut, setiap botol yang dijual, sebanyak RM5 disalurkan oleh Sime Darby Oils kepada dana amal tersebut.

Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd. Haris Mohd. Arshad berkata, pihaknya gembira kerana kempen tersebut telah mendapat sambutan positif terhadap usaha syarikat untuk menyantuni golongan memerlukan.

“Selaras dengan Budaya Prihatin Sime Darby Oils, kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Amal ­Uncle Kentang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Sukuk KPJ Healthcare dapat penarafan emas

Rangka Kerja Sukuk Kemampanannya (SSF) KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) melalui anak syarikat milik penuhnya, Point Zone (M) Sdn. Bhd. (PZSB), te­lah mendapat penarafan emas oleh Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC).

today22 November 2022