PETALING JAYA – Telekom Malaysia Berhad (TM) terus memperlihatkan trajektori pertumbuhan stabil bagi suku tahun ketiga berakhir 30 September 2022 setelah merekodkan hasil operasi berjumlah RM3.16 bilion, 12.7 peratus lebih tinggi daripada RM2.8 bilion pada tempoh sama tahun lalu.
Kecekapan kos perniagaan lebih baik daripada perbelanjaan operasi berhemah, berserta program-program pengoptimuman membawa kepada perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) RM604.8 juta, peningkatan 38.2 peratus daripada RM437.5 juta pada suku ketiga 2021.
Keuntungan selepas cukai dan kepentingan tanpa kawalan (PATAMI) bagaimanapun susut kepada RM265.2 juta, 2.2 peratus lebih rendah disebabkan pembayaran cukai yang lebih tinggi dan kerugian pertukaran mata wang asing atas pinjaman.
Kumpulan turut membuat perbelanjaan modal sebanyak 19.1 peratus daripada hasil pada suku berkenaan, yang berjumlah RM603.7 juta bagi memenuhi permintaan pelanggan menerusi perluasan fiber, pemodenan rangkaian dan naik taraf…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: