PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaporkan prestasi kewangan yang baik bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2022 (9MFY2022), disokong permintaan elektrik lebih tinggi, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Hasil tanpa pemulihan kos daripada Pelepasan Kos tidak Seimbang (ICPT) meningkat 6.6 peratus kepada RM37.95 bilion daripada RM35.59 bilion, disumbangkan oleh peningkatan dalam jualan elektrik dalam semua sektor.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata kekurangan pemulihan ICPT bagi tempoh 9MFY2022 telah melonjak kepada RM15.92 bilion daripada RM1.3 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas berikutan persekitaran harga bahan api semasa yang tinggi.
Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dilaporkan lebih tinggi pada RM16.31 bilion berbanding RM14.39 bilion dalam tempoh yang sama tahun 2021.
Margin EBITDA (tanpa pemulihan kos ICPT) meningkat kepada 43 peratus daripada 40.4 peratus tahun lepas,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: