Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MIDF lulus pembiayaan RM17.23 bilion sejak penubuhannya

today29 November 2022

Background


PORT DICKSON – Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM17.23 bilion bagi membantu perniagaan tempatan berkembang maju sejak penubuhannya pada tahun 1960.

Naib Presiden Eksekutifnya, Ahmad Farouk Mohamed berkata, jumlah berkenaan adalah setakat 31 Oktober lalu, yang mana secara keseluruhan, lebih 13,083 syarikat telah dibantu supaya lebih berdaya saing.

Menurutnya, untuk tahun ini sahaja, MIDF telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM646.06 juta kepada 1,226 syarikat.

“Dalam tempoh lebih 60 tahun, MIDF berkembang kepada tiga tonggak utama iaitu kewangan pembangunan, bank perlaburan dan pengurusan aset. Misi kami adalah membantu pelanggan dalam merebut peluang, serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara dengan menyediakan produk dan perkhidmatan dalam tiga tonggak utama tersebut.

“Kami akan terus progresif dan inovatif menggunakan kepakaran kami dalam pasaran modal untuk merebut peluang bagi mengukuhkan kedudukan dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: NOR AINNA HAMZAH


Previous post

Ekonomi

UEM Edgenta catat untung bersih RM24.6 juta

UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) mencatat keuntungan bersih bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2022 (TK2022) sebanyak RM24.6 juta dengan pendapatan sebanyak RM1.8 bilion, tumbuh 13.7 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya

today29 November 2022