Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Terpaksa lepaskan sesuatu barangan yang kita sayang bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi barangan tersebut mempunyai nilai sentimental yang sangat bermakna buat diri sendiri.
Artikel Berkaitan:
Baru-baru ini Ustaz Khailil Razak atau lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Tido’ telah memuat naik satu hantaran Facebook mengenai Nissan Fairlady miliknya mahu dijual pada harga RM77,000.
Ustaz Tido juga menyatakan beliau sedia tukar suka sama suka sportcar tahun 2004 itu dengan model Volkswagen Golf R atau Scirocco R.
Menurut Ustaz Tido lagi, harga yang ditawarkan itu asalnya RM100,000. Bagaimanapun, beliau beri diskaun sebanyak RM27,000 kepada pemilik baharu yang benar-benar mahu membelinya.
Tambah beliau lagi, harga tersebut tidak termasuk nombor plat yang digunakan pada kereta Nissan Fairlady itu. Ustaz Tido juga menyatakan sesiapa yang dapat membantunya jual kereta tersebut akan diberikan komisen.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: