SHAH ALAM – Kerajaan Selangor berjaya mencatatkan potensi rundingan jualan bernilai RM1.45 bilion pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022, yang berakhir pada 9 Oktober lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana Selangor, Datuk Teng Chang Kim berkata, jumlah tersebut adalah yang tertinggi sepanjang sejarah penganjuran sidang berkenaan.
“Pada SIBS 2021, hanya RM217.6 juta nilai potensi rundingan jualan sahaja dapat dicatatkan dan hal ini berlaku kerana ketika itu Malaysia baharu mula untuk membuka pintu sempadan.
“Sebanyak tujuh memorandum persefahaman (MoU_ melibatkan kerjasama dalam pelbagai sektor berjaya ditandatangani pada sidang kali ini,” katanya pada sidang akhbar bagi memaklumkan kejayaan SIBS 2022 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini semalam.
Menurutnya, MoU paling besar yang berjaya dimeterai adalah antara CSSM Asset Management Sdn. Bhd. dan Harum Minat Sdn….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: