Kepentingan penjagaan alam sekitar telah dititikberatkan oleh masyarakat termasuk tanaman organik yang melibatkan penggunaan baja atau racun perosak yang dibuat secara organik tanpa bahan kimia yang berbahaya. Hal ini bukan sahaja diguna pakai oleh para petani tetapi suri rumah yang menanam juga menggunakannya sebagai hobi bagi kegunaan sendiri.
Bukan itu sahaja, dengan menggunakan kaedah ini dapat mengurangkan kos dan bahan boleh didapati dengan mudah kerana hanya boleh menggunakan barangan harian daripada dapur.
CARA BUAT SEMBURAN ORGANIK BAWANG PUTIH
Semburan organik bawang putih.

Bahan-bahan:
- Cili padi 6 tangkai
- 5 ulas bawang putih
- Halia 3 hiris
- Sesudu minyak masak
- Sesudu cecair pencuci pinggan
- Air paip 250ml

1. Kisar sehingga lumat bahan seperti cili padi, bawang putih, halia dan tambahkan sedikit air.

2. Tuang ke dalam bekas kedap udara, tutup dan biarkan 12 jam dalam suhu bilik.

3. Selepas 12 jam, tapis bahan-bahan yang telah dikisar.
4. Ambil 30ml pati + 1L air…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: