Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Aksi Kemas Bawa Harimau Malaya Ke Separuh Akhir

today3 January 2023

Background
Malaysia Singapura


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Malaysia mara dengan penuh bergaya ke separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 selepas membenam cabaran Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B yang berlangsung sebentar tadi.

Artikel Berkaitan:

Lebih manis untuk diperkatakan, ia merupakan kemenangan sulung buat skuad negara berdepan lawan seberang tambak itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sedar hanya kemenangan akan membawa skuad negara ke pusingan seterusnya, anak buah Kim Pan-gon bermula garang sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan pengadil dari Arab Saudi, Mohammed Khaled Al Hoaish.

Peluang pertama skuad negara hadir seawal minit kesembilan apabila hantaran cantik Safawi Rasid kepada Faisal Abdul Halim dalam kawasan kawasan penalti cuba dikeluarkan Hassan Sunny.

Kegagalan Hassan mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya telah memberikan ruang kepada V. Ruventhiren tetapi penjaga gol veteran itu bertindak cemerlang menghalang rembatan pemain bek…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post