PETALING JAYA – Pembukaan sempadan China yang dijadualkan pada 8 Januari ini dilihat bakal memberikan pemangkin baharu kepada pertumbuhan pelaburan hartanah termasuk di pasaran domestik, menurut firma teknologi hartanah, Juwai IQI.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari berkata, berdasarkan data pertanyaan pembeli Juwai IQI, Malaysia berada di kedudukan ketujuh dalam senarai 10 negara teratas bagi pembelian hartanah oleh pembeli dari China pada Disember, di belakang Thailand di tangga kelima.
Tiga negara teratas untuk pembelian hartanah oleh pembeli dari China ialah Australia, Amerika Syarikat dan Kanada.
“Pintu negara sumber pengembara terbesar di dunia akan dibuka dan keutamaan pelancong dari China termasuk melawat keluarga dan rakan, menyambung pelajaran di luar negara, perniagaan, melancong dan pelaburan hartanah.
“Ini akan menjadi peluang pertama dalam tiga tahun untuk kebanyakan warga China melawat pasaran hartanah di luar negara,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: