PETALING JAYA – Perodua komited untuk mengekalkan harga jualan kenderaannya pada masa ini meskipun berdepan dengan cabaran berkaitan kenaikan kos bahan mentah dan bahan api.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, syarikat berharap kos tersebut kekal terurus dan kadar tukaran mata wang serta kadar faedah akan lebih menggalakkan pertumbuhan industri.
“Buat masa ini, sekiranya faktor-faktor ini kekal pada paras yang wajar, Perodua akan mengekalkan harga kenderaan.
“Buat masa ini, keutamaan kami adalah untuk menghantar kenderaan kepada mereka yang menempah dalam tempoh pengecualian cukai jualan kerana harga kenderaan ini akan kekal seperti yang dipersetujui sehingga tarikh akhir 31 Mac 2023,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Zainal Abidin menjelaskan, 2022 adalah tahun terbaik buat Perodua dan juga dalam industri automotif Malaysia.
Menurutnya, ini boleh dilihat daripada prestasi pengeluaran dan jualan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: