Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Fachruddin Aryanto Yakin Indonesia Mampu Ke Final

today7 January 2023

Background
Fachruddin Aryanto


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Ketua pasukan Indonesia, Fachruddin Wahyudi Aryanto menganggap skuad Garuda masih mempunyai peluang untuk mara ke pentas final Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 selepas terikat tanpa jaringan pada separuh akhir pertama, semalam.

Artikel Berkaitan:

Skuad kendalian Shin Tae-yong itu gagal menggunakan kelebihan beraksi di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta untuk mendapatkan kelebihan jaringan walaupun kelihatan lebih berbahaya dalam memberikan ancaman buat juara dua kali tersebut.

Seperti yang dapat disaksikan pada perlawanan tersebut, Indonesia mendapat peluang terbaik bagi mendapatkan jaringan menerusi Marselino Ferdinan dan Yakob Sayuri.

Namun penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam tangkas menghalang gawangnya daripada dirobek duo jentera serangan Indonesia tersebut.

Melihatkan kepada aksi yang dipamerkan rakan sepasukannya, Fachruddin jelas masih optimis dengan kemampuan Indonesia untuk melangkah ke perlawanan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post