Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

3 Sungai Hotspot Lemas & Kepala Air Di Hulu Selangor, Hati-Hati!

today12 January 2023

Background


Tiga lokasi perkelahan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor dikenal pasti sebagai sungai hotspot kerana sering berlaku kejadian mati lemas dan kepala air sepanjang tahun 2020 hingga 2022.

Lokasi tersebut adalah Sungai Batang Kali, Sungai Chiling dan Sungai Pertak. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, kesemua sungai itu berisiko berlaku kepala air atau lemas dan ianya berlaku lebih dari sekali.

Baca juga: Tiada Lagi Had Umur & Bilangan Jemaah Haji Bermula Tahun Ini

3 SUNGAI HOTSPOT LEMAS & KEPALA AIR DI HULU SELANGOR, HATI-HATI!

sungai hotspot

Jelasnya, sebanyak 15 kes mati lemas berlaku dan 6 kes terperangkap dalam kepala air membabitkan 10 kawasan rekreasi sungai, air terjun, hutan lipur dan lata di Selangor.

Kes rekod lemas paling tinggi berlaku di Sungai Batang Kali di mana berlaku 5 kes dan 4 kes melibatkan mangsa terperangkap dalam kepala air.

Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada sebelum…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Haidatina Aznam


Previous post