PETALING JAYA – Trend jualan secara penstriman langsung semakin menguasai pasaran semasa bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau Asia Tenggara, demikian menurut Ninja Van melalui kertas putih pertama yang disiarkan semalam.
Aktiviti jualan penstriman langsung lebih tinggi dicatat di Singapura dengan jumlah peratusan 17 peratus, Indonesia sebanyak 23 peratus, manakala Vietnam 27 peratus.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Pembolehan, Ninja Van Group, Winston Seow berkata, pertambahan bilangan platform jualan penstriman langsung menunjukkan ia adalah trend baharu yang membentuk masa depan e-dagang dan kini menjadi tumpuan para penjual.
Menurut beliau, kira-kira 40 peratus penjual di Malaysia menjalankan penstriman langsung setiap hari.
“Jualan penstriman langsung adalah satu taktik pemasaran yang menarik bagi penjual e-dagang.

“Ia juga satu-satunya kaedah yang mampu mempercepatkan perjalanan ke arah pembelian iaitu daripada peringkat kesedaran terus ke arah membuat keputusan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: