Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Minetech bina loji kuasa hidro mini di Sungai Pelagat, Besut

today12 January 2023

Background


KUALA TERENGGANU – Minetech Resources Berhad (Minetech) bakal membangunkan loji kuasa hidro mini yang bernilai RM36.71 juta di Sungai Pelagat, Besut.

Pengerusi Eksekutif Minetech, Datuk Dr. Awang Daud Awang Putera berkata, anak syarikatnya, Techmile Resources Sdn. Bhd. (Techmile) akan terlibat dalam projek pembinaan dan kejurute­raan loji kuasa mini itu yang akan membekalkan tenaga elektrik diperbaharui kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kerja-kerja pembinaan projek loji kuasa hidro mini itu akan bermula pada 2025 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun. Tenaga diperbaharui itu akan dijual kepada TNB dalam tempoh 21 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani surat anugerah (LOA) antara Minetech dengan Tesdec Hydropower Sdn. Bhd. (Tesdec Hydropower) di sini semalam.

Tesdec Hydropower, anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu adalah syarikat konsesi loji kuasa mini hidro terbabit.

Techmile diwakili Pengarah Eksekutif Operasi dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHD AZLI ADLAN


Previous post