Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Baru-baru ini satu video yang dikongsikan oleh Instagram @careta_malaysia telah meraih perhatian ramai di mana ada motosikal menggunakan lorong kanan bersebelahan highway guard rail atau divider.
Artikel Berkaitan:
Dalam rakaman video pendek berdurasi 12 saat itu, ada dua buah motosikal memotong kereta-kereta menggunakan laluan sebelah kanan yang sedang berhenti dalam kesesakan lalu lintas.
Netizen turut berpendapat yang sama, tindakan motosikal memotong dengan laju itu bukan sahaja boleh mengundang kemalangan kepada penunggang terbabit, bahkan pengguna jalan raya lain.
Perkongsian video turut mendapat sokongan daripada netizen, ramai menyatakan perbuatan itu membahayakan keselamatan.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sendiri apabila pernah melihat penunggang motosikal yang cedera parah terlibat kemalangan selepas melanggar divider pada kelajuan yang tinggi.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: