Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

F&NHB bakal labur RM800 juta untuk ladang integrasi

today17 January 2023

Background


PETALING JAYA – Pemilikan Ladang Permai Damai Sdn. Bhd. oleh Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) telah memberi peluang kepada Kumpulan untuk memenuhi cita-cita menceburi perniagaan susu segar huluan bagi pengeluaran hiliran dan pengedaran susu segar. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Yew Hoe berkata, usaha ini juga akan dapat menyokong Agenda Keselamatan Makanan Negara untuk tenusu dan daging. 

“Kumpulan akan memiliki sebuah perniagaan dan operasi integrasi menegak berasaskan hasil tanaman tempatan untuk makanan haiwan melalui ladang tenusu F&N. 

“Ladang integrasi ini juga akan turut memiliki sebuah kemudahan pemprosesan susu dan dijangka menghasilkan 200 juta liter susu segar setahun melalui 20,000 lembu susu untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. 

“Kami sedang meneliti untuk melabur sebanyak RM800 juta bagi ladang integrasi yang mana fasa satu akan beroperasi pada tahun 2024,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-61 di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Mavcom buat pemeriksaan mengejut di KLIA, KLIA2

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah menjalankan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) sebagai persediaan menghadapi waktu sibuk bagi perjalanan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini.

today17 January 2023