Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

97 Peratus Pencarum KWSP Tidak Mempunyai Simpanan Mencukupi Untuk Bersara Dengan Selesa

today25 January 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kira-kira 97 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun dan ke bawah tidak mempunyai paras simpanan ideal sebanyak RM600,000 untuk bersara dengan selesa di bandar utama, lapor Berita Harian.

Artikel Berkaitan:

Menurut data terkini KWSP, hanya sebilangan kecil, iaitu 2.6 peratus atau 350,000 pencarum daripada 13.1 juta pencarum berusia 55 tahun dan ke bawah mencapai paras kecukupan simpanan atau paras ideal itu.

Anggaran simpanan persaraan ideal RM600,000 itu dikeluarkan oleh KWSP bagi membolehkan seseorang pencarum bujang menampung kehidupan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara, iaitu kira-kira RM2,500 sebulan.

Jumlah itu juga sejajar dengan jangkaan tempoh purata jangka hayat di negara ini yang sudah mencecah 80 tahun.

Ketika ini, jumlah ahli KWSP di bawah usia 55 tahun ialah kira-kira 13.1 juta, sementara jumlah keseluruhan ahli adalah 15.7 juta.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein |…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Kapal kargo karam di Pulau Jeju

Seoul: Sebuah kapal kargo yang didaftarkan di Hong Kong membawa 22 anak kapal karam di pulau selatan Jeju pada Rabu, dengan lima daripada mereka diselamatkan, sementara pencarian sedang dijalankan untuk 17 yang lain, menurut Pengawal Pantai. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today25 January 2023