PETALING JAYA – Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) pada kadar 2.8 peratus minggu ke minggu untuk mencapai paras 4.25 semalam.
Situasi itu berlaku walaupun Bank Negara Malaysia mengejutkan pasaran untuk mengekalkan paras Kadar Dasar Semalaman pada 2.75 peratus selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Dasar Monetari tahun ini yang diadakan minggu lalu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, pengukuhan ringgit mungkin lebih didorong faktor-faktor luaran, terutamanya situasi di Amerika Syarikat.
Jelasnya, indeks AS$ terus jatuh tatkala tanda-tanda kelemahan ekonomi AS mula kelihatan.
“Statistik jualan runcit Disember 2022 pada bulan ke bulan adalah lebih rendah pada negatif satu peratus berbanding jangkaan 0.8 peratus, yang menandakan perbelanjaan pengguna lembab dalam keadaan inflasi dan kadar faedah yang tinggi.
“Selain itu, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) juga dijangka menurunkan trajektori kenaikan kadar faedah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: