Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Minat beli hartanah makin menurun

today17 February 2023

Background


PETALING JAYA – Permohonan bagi pembiayaan hartanah merekodkan kemerosotan untuk bulan keempat berturut-turut pada Disember lalu, berdasarkan data Bank Negara Malaysia.

Firma penyelidikan pasaran, MIDF Research dalam nota kajian yang diterbitkan semalam berkata, permohonan pada Disember 2022 merosot sebanyak 6.5 peratus bulan ke bulan, daripada penurunan tiga peratus yang direkodkan pada November.

“Kami melihat penurunan berterusan dalam permohonan pinjaman mungkin disebabkan oleh kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada bulan September dan November yang mengurangkan minat membeli akibat ansuran bulanan yang lebih tinggi.

“Selain itu, kekurangan insentif untuk pembelian hartanah turut menyebabkan minat terus berkurangan.

“Pada asas tahunan, permohonan pinjaman jatuh 26 peratus pada Disember 2022 selepas penurunan mendadak 21 peratus pada November apabila minat membeli hartanah kembali normal daripada lonjakan permintaan selepas pembukaan semula ekonomi pada 2021,”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post