Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bajet 2023: bangunkan penyelesaian teleperubatan

today20 February 2023

Background


PETALING JAYA – Pertama Digital Berhad menyarankan supaya kerajaan melabur dalam pembangunan penyelesaian teleperubatan dalam Bajet 2023 bagi membolehkan rakyat Malaysia mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan selesa, dari rumah mereka sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saify Akhtar berkata, dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dari jauh, kerajaan boleh membantu mengurangkan beban pada hospital dan klinik kerajaan.

“Usaha ini juga bakal menambah baik akses kepada penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar dan memastikan semua rakyat Malaysia boleh mengakses penjagaan kesihatan yang berkualiti.

“Kami bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan lain dalam melaksanakan inisiatif ini bagi mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Saifiy turut mencadangkan pelaksanaan dasar yang menggalakkan pengurangan kos sara hidup, seperti menyediakan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post