Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bufet Ramadan Hotel Tenera hidang lebih 200 menu sajian enak

today24 February 2023

Background


BANGI – Mengambil kira kos sara hidup yang semakin me­ningkat dan prihatin dengan perbelanjaan masyarakat pada bulan Ramadan akan datang, Hotel Tenera mengekalkan harga bufet berbuka puasa di hotel berkenaan pada harga RM118 seorang dewasa, manakala RM58 untuk golongan kanak-kanak.

Pengurus Besar hotel tersebut, Fadzly Hamzah berkata, bagi penempahan awal pula, orang ramai boleh mendapatkan harga hanya RM88 seorang dan tawaran tersebut sedang berlangsung sehingga 28 Februari ini.

Menurut beliau, harga tersebut berbaloi dengan hidangan kira-kira 200 menu daripada pembuka selera, pencuci mulut, makanan utama hingga kepada minuman dan pencuci mulut yang mana jika dikira daripada harga bahan mentah yang me­ningkat, ia bakal membuatkan pemain-pemain dalam industri perhotelan menanggung kos yang tinggi.

Bersandarkan kemahiran cef-cef dan kakitangan berkebolehan hotel milik Koperasi Permodalan Felda Malaysia itu, pastinya bufet Ramadan Hotel Tenera bakal memenuhi selera dan cita rasa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Hiburan Semasa

‘Jangan buat tergantung seperti saya kalau tak dapat nasihat pakar’ – Naim Daniel

Kuala Lumpur: “Janganlah terbalik. Kalau nak buat apa ke, itu atas risiko diri sendiri. Saya datang atas kapasiti persembahan profesional saja,” kata penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, 25, mengulas tindakan seorang pelanggan karaoke yang tular kerana cuba meniru aksi nyanyiannya di Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37), baru-baru ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 February 2023