PETALING JAYA – Citaglobal Berhad (Citaglobal) merekodkan kerugian bersih sebanyak RM47.3 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022 hanya kerana susut nilai muhibah “sekali beri”.
Kemerosotan ini berlaku hasil daripada kenaikan nilai saham Citaglobal selepas pengambilalihan Citaglobal Engineering Services Sdn Bhd (CESSB) pada November lalu.
Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, bagaimanapun pendapatan meningkat 27.3 peratus kepada RM72.5 juta berbanding kepada suku yang sama pada tahun lalu.
Jelas beliau, disebabkan susut nilai, Citaglobal mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM40.9 juta untuk tahun penuh berakhir 31 Dis 2022 (TK2022) daripada keuntungan bersih RM3.7 juta pada TK2021, manakala pendapatan merosot 12.9 peratus kepada RM215.4 setahun.
“Masa depan kelihatan baik untuk Citaglobal. Berdasarkan buku pesanan sedia ada kami, dijangkakan Kumpulan CESSB akan menyampaikan baki jaminan keuntungan pada suku berikutnya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: