KOTA BHARU – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) telah merasmikan cawangan terbaharunya di Kota Bharu, Kelantan dan yang merupakan cawangan yang ke-47 di negara.
Ketua Pegawai Strategi MBSB Bank, Datuk Azlan Shahrim berkata, pembukaan cawangan tersebut penting untuk bank menguruskan kewangan pelanggan secara berinteraksi dan bersemuka.
Menurutnya, cawangan itu juga berfungsi sebagai pusat tumpuan dalam kalangan komuniti setempat terutamanya di Kota Bharu.
“Kita sentiasa komited untuk berkhidmat kepada masyarakat bukan sahaja menerusi produk-produk perbankan, tetapi juga menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat.
“Kita turut menyalurkan sumbangan makanan asas melalui Program ‘Box Of Care’ kepada 300 penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu pada Disember lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian MBSB Bank di Jalan Sultan Yahya Petra di sini hari ini.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: