KUALA LUMPUR – Kadar faedah pembiayaan kewangan lebih rendah dijangka ditawarkan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menggunakan caruman mereka dalam agensi tersebut sebagai cagaran kepada pihak bank.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd. Shariff berkata, pihaknya bagaimanapun masih menantikan maklumat terperinci daripada kerajaan sebelum menawarkan pembiayaan berkenaan.
“(Kadar faedah) sama ada lebih rendah atau setara dengan pembiayaan lain. Saya percaya akan ada penyelarasan di peringkat industri.
“Kami belum mengenal pasti ciri-ciri produk, bila sudah mendapat maklumat terperinci barulah kami boleh mereka bentuk penawaran buat pelanggan.

“Saya percaya kerajaan telah melakukan kajian terperinci dan kami menyambut baik cadangan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Minggu Teknologi Bank Rakyat yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: