KUALA LUMPUR – Jenama kopi tempatan, ZUS Coffee, merancang untuk menambahkan jumlah cawangan fizikalnya, membawa jumlah keseluruhan cawangan di seluruh negara kepada 330 menjelang akhir 2023.
Kini, setelah hampir empat tahun beroperasi, jenama kopi yang dipacu teknologi ini mempunyai 1.5 juta pengguna dengan 500,000 pengguna aktif di aplikasi mereka iaitu ZUS App.
Selain itu, mereka juga sudah berjaya membuka 180 cawangan fizikal yang pesat beroperasi pada tahun 2022 dan dianggarkan lebih daripada 150 cawangan baharu akan dibuka pada tahun 2023.
Dengan cawangan-cawangan baru ini, ZUS Coffee akan wujud di setiap negeri di Malaysia, termasuk stesen minyak dan lapangan terbang terpilih di seluruh negara.
Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian berkata, mereka membina perniagaan ini dengan hasrat menawarkan kopi specialty pada harga yang berpatutan dan mudah dari segi aksesibiliti bagi semua orang.
Menurutnya, kejelasan mesej ini mudah difahami oleh rakyat Malaysia,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: