Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Madoo Bee sasar jual 150,000 kotak madu

today21 March 2023

Background


KOTA BHARU – Syarikat pengeluar madu lebah milik bumiputera, Madoo Bee Marketing Sdn. Bhd. (Madoo Bee) menyasarkan jualan sebanyak 150,000 kotak madu lebah sepanjang tahun ini.

Pengasasnya, Nik Afiq Muhaimin Sarmidi, 25, berkata, syarikat yang bermula pada September tahun lalu itu tercetus hasil gabungan idea bersama dua rakannya, Muhammad Kamal Azmi Mohd. Rasdin, 32, dan Ahmad Najib Ismail, 38.

Menurutnya, produk madu lebah asli keluaran Madoo Bee dihasilkan dengan tambahan perisa lemon dan bawang putih untuk menambah kha­siatnya.

“Kebanyakan pelanggan Madoo Bee terdiri daripada golo­ngan yang prihatin terhadap kesihatan apabila kami menggabungkan tiga bahan semula jadi iaitu madu, lemon dan bawang putih dalam satu produk.

“Sekotak Madoo Bee me­ngandungi 30 stik madu yang dijual pada harga RM139.90. Pembungkusan sebegini memudahkan pengguna membawa madu ke mana-mana sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Madoo Bee HQ di Wakaf Che Yeh, di sini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: ROHANA MOHD. NAWI


Previous post