Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Velum Labs meterai perjanjian perkongsian dengan TriCIS

today29 March 2023

Background


PETALING JAYA – Velum Labs Sdn. Bhd. dan TriCIS Ltd telah memeterai perjanjian perkongsian untuk menyediakan keupayaan  kepada pelanggan sektor kerajaan dan swasta di seluruh rantau di bawah perjanjian dua hala bersama United Kingdom (UK) dan juga Malaysia.

Velum Labs adalah salah sebuah syarikat di bawah Kumpulan Sapura yang terlibat dalam bidang keselamatan dan perisikan siber terkemuka tempatan dengan menyediakan rumusan perisikan siber dipertingkatkan yang diperoleh daripada pemahaman peneraju pasaran mengenai metodologi serangan siber.

TriCIS pula adalah pakar yang berpangkalan di UK dalam mereka bentuk dan kejuruteraan penyelesaian bersepadu yang sangat selamat, memenuhi piawaian keselamatan kerajaan dan ketenteraan tertinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura, Tan Sri Shahril Shamsuddin berkata, pihaknya  menghargai kepercayaan dan keyakinan yang diberikan TriCIS dalam Velum Labs, menggunakan sepenuhnya set kemahiran dan rekod prestasi dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post