PETALING JAYA – Divisyen hartanah PPB Group Berhad, PPB Properties melancarkan Lumina Bedong yang merupakan perbandaran pertama di kawasan berkenaan dan dijangka bakal memberi nafas baharu buat komuniti setempat.
Perbandaran di atas tanah pegangan bebas seluas 92 hektar itu menawarkan kira-kira 1,500 unit rumah teres mampu milik, selain komponen komersial dan kemudahan rekreasi.
Apabila siap, perbandaran itu akan menempatkan taman seluas 2.2 hektar yang merupakan taman rekreasi terbesar di kawasan tersebut, memberikan peluang kepada penduduk untuk menikmati kemudahan seperti trek berjoging dan berbasikal, laluan refleksologi dan kawasan permainan kanak-kanak.
Ia bakal turut menampilkan hab komersial seluas 9.3 hektar yang akan memacu perniagaan baharu, menyediakan peluang pekerjaan serta menarik orang ramai ke Bedong.
Sebagai sebahagian daripada Fasa 1, PPB Properties akan melancarkan 221 unit rumah teres 1.5 tingkat dan satu tingkat yang dilengkapi taman seluas 0.9 hektar dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: