PETALING JAYA – Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengorak langkah ‘ekstra’ tahun ini dengan pelancaran kempen terbaharu, iaitu ‘Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali’ sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kempen ini menawarkan ganjaran ‘Duit Raya’ bernilai lebih RM438,800 bagi mereka yang membeli rumah idaman mereka dengan LBS di samping menikmati enam tawaran bonus.
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, turut berkongsi kegembiraan untuk meraikan kempen kali ini.
“Menjelang Syawal ini, kami sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran kempen Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali.

“Kami percaya bahawa kempen ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pembeli kami malah turut membantu merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah idaman, sekaligus menjadikan sambutan Hari Raya kali ini lebih meriah dengan ganjaran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: