PETALING JAYA – Agoda mendedahkan bahawa destinasi pelancongan termurah di adalah di Sibu, Sarawak dengan menawarkan kadar penginapan yang paling kompetitif pada bulan ini iaitu hanya RM136 semalam.
Lima destinasi lain yang tersenarai pada kedudukan lima teratas di Malaysia adalah Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Taiping.
Destinasi lain dengan kadar purata penginapan termurah di seluruh rantau Asia Pasifik adalah Khon Kaen di Thailand, Surakarta di Indonesia, Puri di India, Bacolod di Filipina, Ninh Binh di Vietnam, Chiba di Jepun, Gwangju di Korea Selatan, Kepulauan Kinmen di Taiwan dan Brisbane di Australia.
Pengarah Dalaman Perkhidmatan Rakan Kongsi Agoda bagi Malaysia dan Brunei, Cleland Robertson berkata, Sibu adalah sebuah destinasi tarikan yang jarang mendapat perhatian ramai tetapi ia mempunyai pelbagai tarikan seperti aneka makanan yang enak, warisan sejarah dan budaya yang kaya serta keindahan alam semula jadi yang menakjubkan.
“Kunjungilah Kuil Tua Pek…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: