PETALING JAYA – Jovian Apparel Sdn. Bhd. menyediakan lebih 40,000 helai pakaian koleksi raya melalui kempen tradisinya yang telah beroperasi di pasaran sejak 16 tahun lalu iaitu Joviankan Rayamu.
Terdapat beberapa rangkaian fesyen di bawah jenama popular itu yang terdiri daripada Jovian Pop Raya, Selendang Daiyan by Jovian, Dainty Flowers, Nona Malaya (kerjasama dengan Aeon), Jovian Men, aksesori Bulan Bintang (kerjasama bersama Wanderlust + Co) dan Jovian Luxe.
Pengasas syarikat, Datuk Jovian Mandagie berkata, kempen tersebut boleh diibaratkan sebagai tawaran pusat sehenti pelbagai pilihan yang bersesuaian untuk seisi keluarga.
“Kami mahu menjadikan kempen Joviankan Rayamu sebagai platform beli-belah terbaik untuk keluarga tidak kira belian di stor fizikal mahupun atas talian.

“Menerusi kempen ini, segala keperluan seperti baju raya golongan lelaki dewasa dan kanak-kanak, kelompok wanita dewasa dan kecil tersedia untuk kemudahan bersama,” katanya dalam kenyataan yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: