PETALING JAYA – Jenama perabot tempatan yang telah beroperasi selama lebih dari 34 tahun, Goodnite diiktiraf sebagai ‘Pengeluar Tilam Terbesar di Malaysia’ oleh Malaysia Book of Records (MBOR) baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Goodnite Group, Yek Ming Teo berkata, jenama berkenaan telah memperlihatkan peningkatan dan perkembangan memberangsangkan sejak lima tahun lepas.
“Kami telah mengembangkan seluruh barisan produk kami, dan jualan kami meningkat lima kali ganda dalam tempoh yang sama.
“Ini membuktikan bahawa kerja keras dan usaha seluruh pasukan Goodnite pada masa lalu tidak sia-sia,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain daripada jaminan kualiti produk, salah satu kelebihan Goodnite ialah perkhidmatannya yang sentiasa ditambah baik.
Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah program percubaan tilam, iaitu ‘100 Nights Comfort Exchange’ yang dilancarkan di kedai-kedai utama adalah untuk memberikan pengalaman selepas jualan yang lebih baik kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: