PETALING JAYA – Sime Darby Motors berjaya memecahkan rekod terbaharunya dengan berjaya membuat penyerahan 1,000 kereta dalam masa 100 hari.
Detik bersejarah itu telah diraikan bersama 1,000 pemilik pertama BYD di Malaysia dalam satu majlis penyerahan besar-besaran yang pertama sepertinya di Stadium Negara Bukit Jalil.
Majlis ini menandakan satu lagi mercu jaya bagi Sime Darby Motors, berikutan penyerahan 100 unit dalam masa 10 hari pertama selepas pelancaran BYD di Malaysia.
Para pelanggan dari seluruh negara telah menghadiri majlis sepanjang hari tersebut dengan aktiviti eksklusif menyeronokkan yang diadakan khas untuk pemilik BYD.
Persembahan secara langsung oleh kumpulan muzik serta beberapa pertunjukan penuh bertenaga lain telah menghiburkan pemilik baharu manakala para pelanggan juga membawa pulang hadiah-hadiah menarik daripada cabutan bertuah.

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, sambutan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: