PETALING JAYA – Eskayvie Sdn. Bhd. (Eskayvie), pengeluar produk penjagaan kesihatan, telah menganjurkan program Bingkisan Raya Rider 2023 di ibu pejabat syarikat di Seksyen 13, Shah Alam baru-baru ini.
Sumbangan berupa juadah hari raya dan duit raya daripada Yayasan Eskayvie itu adalah salah satu cara syarikat menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan dalam persiapan seluruh masyarakat Islam membuat persiapan untuk menyambut 1 Syawal.
Lebih daripada 600 penghantar makanan atau bungkusan telah mendapat manfaat daripada program yang dihadiri oleh Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed bersama duta produknya, Datuk Aznil Nawawi.

“Tugas rider yang juga pekerja barisan hadapan menjalankan perkhidmatan penghantaran sebenarnya sangat mulia kerana membantu memudahkan urusan orang lain.
“Namun begitu, mereka juga sangat terdedah kepada pelbagai risiko seperti penyakit dan kemalangan.
“Oleh itu, Eskayvie ingin memberikan sokongan dan suntikan semangat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: