Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Aksi cemerlang ditampilkan pemain sayap lincah, Arif Aiman Mohd Hanapi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menobatkan beliau sebagai Pemain Terbaik Liga Super PFAM edisi Februari-Mac 2023.
Artikel Berkaitan:
Anugerah tersebut merupakan anjuran Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) yang memberikan peluang kepada peminat untuk memilih pemenang.
Sehubungan dengan itu, Arif Aiman jauh meninggalkan empat lagi pencabarnya iaitu Park Tae-Su (Sabah), Fernando Forestieri (JDT), Faisal Abdul Halim (Selangor) dan penjaga gol PDRM FC, Ramadhan Hamid.
Pemilihan Arif Aiman sebagai pemain terbaik itu nyata bukan perkara yang mengejutkan susulan aksi bertenaga dipamerkannya dalam membantu JDT mencatatkan rekod kemenangan bersih dalam enam perlawanan Liga Super pada Februari dan Mac.
Malah, beliau turut berjaya menjaringkan empat gol (bertemu Kuala Lumpur City, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sabah) serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: