Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Majlis Perbandaran Kota Bharu Kecewa Vendor Dan Pengunjung Pasar Buang Sampah Merata

today26 April 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kempen bagi memberi kesedaran dalam tabiat membuang sampah nampaknya kurang berkesan bagi penduduk di negeri ini selepas tular sebuah gambar dengan jalanan yang penuh sampah.

Artikel Berkaitan:

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melalui laman TikTok berkongsi kekecewaan terhadap vendor dan pengunjung yang meninggalkan lokasi tersebut dipenuhi dengan sampah walaupun pihaknya sudah menyediakan tempat membuang sampah.

Mereka menulis, “Walaupun kempen Kelantanku Bersih (Kelantanku Bersih) telah dilaksanakan sejak sekian lama, kemudahan pembuangan sampah telah disediakan cukup banyak, peringatan daripada penguatkuasa dan pegawai kesihatan awam supaya menjaga kebersihan kawasan bazar telah disampaikan berkali-kali. Tetapi masyarakat, peniaga dan pengunjung masih mengabaikannya.”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post