Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Barcelona rasminya bergelar juara La Liga musim 2022/23 sekaligus menamatkan sisa sisa perjuangan Real Madrid.
Artikel Berkaitan:
Kejayaan menewaskan musuh setempat, RCD Espanyol dengan jaringan 4-2 semalam, di tempat lawan, mengesahkan kejuaraan La Liga pertama Xavi sebagai pengurus Barcelona.
YOUR TEAM! pic.twitter.com/PS0l0twDj5
— FC Barcelona (@FCBarcelona) May 14, 2023
Barcelona dilanda masalah kewangan dalam 2 musim terakhir ini. Mereka bergelut selepas era Lionel Messi di kelab itu.
Xavi dilantik untuk mengembalikan DNA Barcelona. Pengurus muda itu benar benar membuktikan kualitinya.
Dengan kejayaan mengalahkan Espanyol semalam, Barca kini dengan selesa jauh mendahului Real Madrid di atas carta La Liga.
Barca mengutip 85 mata selepas 34 perlawanan berbanding 71 oleh Real Madrid dengan jumlah perlawanan yang sama.
Ianya detik emosional buat Joan Laporta yang telah bertungkus lumus menyelamatkan Barca…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: