Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Resepi Makaroni Cuppiza, Satu Mesti Tak Cukup!

today17 May 2023

Background
Makaroni Cuppizza


Siapa pernah cuba makan makaroni cuppizza? Biasanya hanya makaroni goreng dan makaroni cheese sahaja yang banyak dijual di luar.

Makaroni cuppiza ini juga sesuai dijadikan menu jamuan di sekolah anak. Memang mudah nak buat kerana hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Jom cuba!

Baca juga: Guna 1 Bahan Sahaja Boleh Elakkan Kutu Beras, 2 Tahun Pun Elok Lagi!

RESEPI MAKARONI CUPPIZA, SATU MESTI TAK CUKUP!

1. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan isi ayam. Nak masuk sosej atau crabstick pun boleh.

Makaroni Cuppizza

2. Masukkan makaroni yang sudah direbus. Tuang sos bolognese dan perasakan secukupnya.

Makaroni Cuppizza

3. Ambil tortilla wrap dan potong seperti dalam gambar.

Makaroni Cuppizza

4. Masukkan ke dalam cup dan letakkan makaroni tadi di bahagian atas.

Makaroni Cuppizza

5. Pecahkan telur dan perasakan dengan garam. Tuang adunan telur ke dalam cup makaroni.

Makaroni Cuppizza

6. Tabur cheese dan mix herbs. Bakar api atas bawah selama 15 minit, api bawah 10 minit menggunakan suhu 170°c.

Makaroni Cuppizza

Siap. Sedia untuk dihidangkan. Pasti anak-anak suka…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Haidatina Aznam


Previous post