Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

BAM Terima Tajaan Daripada FreeYond

today24 May 2023

Background
FreeYond


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Fast Technology Sdn Bhd, pengedar eksklusif FreeYond di Malaysia dan subsidiari milik penuh syarikat tersenarai di Papan ACE, Fast Energy Holdings Bhd (“Fast Energy”), hari ini telah memeterai perjanjian penajaan bagi tempoh masa satu tahun dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memperkasa dan meningkatkan pertumbuhan sukan badminton Malaysia.

Tajaan bernilai hampir RM2 juta ini menunjukkan komitmen jenama kelahiran Shenzen, China itu dalam menyokong sukan badminton tempatan dan atlet di Malaysia dengan menyediakan bantuan kewangan dan sumber.

Ini akan menyumbang kepada persiapan pemain negara untuk layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan dan inisiatif-inisiatif pembangunan baharu.

Selain itu menerusi kerjasama dengan BAM, FreeYond komited untuk memupuk bakat sukan dan mempromosikan gaya hidup sihat di negara ini.

Perjanjian penajaan itu ditandatangani oleh Presiden BAM dan Majlis Olimpik Malaysia dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post