Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Span Basuh Pinggan Kotor Jangan Biarkan, Bahaya!

today7 June 2023

Background
SPAN BASUH PINGGAN


Ramai orang beranggapan bahawa tandas merupakan tempat paling kotor. Sebenarnya, dapur juga salah satu tempat pembiakan pelbagai jenis kuman kerana span basuh pinggan yang digunakan tidak ditukar.

Ini kerana span tersebut digunakan untuk membersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.

Baca juga: Jangan Kecewa Kalau Masakan Terlebih Masin, Masukkan Sahaja 8 Bahan Ini

SPAN BASUH PINGGAN KOTOR JANGAN BIARKAN, BAHAYA!

SPAN BASUH PINGGAN

Pelbagai jenis kuman bakteria seperti Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat boleh melekat di span dapur rumah.

Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian telah menunjukkan bahawa kuman masih wujud walaupun ia direndam dalam sabun pinggan.

Lebih teruk lagi, boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah ‘syurga’ bagi kuman.

Anda dan keluarga juga berisiko mengalami cirit birit jika tidak bernasib baik….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Haidatina Aznam


Previous post