PETALING JAYA – Syamirul Alif Shaharudin dan Mohd. Ali Kouli, dua pelajar jurusan seni bina dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang memenangi hadiah utama dalam pertandingan Cabaran Reka Bentuk Arca Mutiara Hills bercadang untuk menyertai lebih banyak pertandingan seni reka dan seni bina moden di dalam negara dan peringkat antarabangsa.
Menurut kedua pelajar tersebut, peluang menarik itu akan membolehkan mereka mengasah kemahiran dan kreativiti serta mengukuhkan lagi keyakinan untuk mencapai mercu kejayaan lebih tinggi pada masa depan
Reka bentuk Syamirul dan Mohd. Ali telah menarik perhatian para juri kerana ciri-ciri ringkas dan mewah yang menggabungkan pelbagai aspek alam dan ukiran moden.
Arca ini dianggarkan mencapai ketinggian 10 meter, bersamaan dengan ketinggian bangunan tiga tingkat apabila siap dibina. Arca ini akan dilengkapi dengan ciri panel solar aktif dan pengumpulan air hujan yang menyumbang kepada usaha menghijaukan persekitaran di bandar ini.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: