Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Kata Kata Satu Doa, Cikgu Buat Eksperimen Guna Bunga

today16 June 2023

Background
KATA KATA SATU DOA


“Kata kata satu doa.”

Ungkapan di atas sering kali kita dengar dan perkara ini dapat dibuktikan menerusi perkongsian seorang guru di laman Facebooknya.

Hantaran Puan Fariza itu menyatakan bahawa dia melakukan eksperimen bersama anak murid dengan menggunakan bunga.

Baca juga: [VIDEO] Memang Luar Biasa! Murid Lelaki Ini Hadiahkan Cikgu Ayam Hutan Hidup

KATA KATA SATU DOA, CIKGU BUAT EKSPERIMEN GUNA BUNGA

KATA KATA SATU DOA

Jelasnya, idea ini timbul apabila anak murid kelasnya suka menggunakan bahasa yang agak kasar dan menyakitkan telinga. Jadi, setiap kali datang ke makmal sains, dia akan menyuruh pelajarnya untuk memuji pokok A dan mengeji pokok B.

“Setiap kali jiwa mereka tak tenteram, saya suruh mereka hamburkan dekat pokok B,” luahnya.

Akhirnya selepas 2 hingga 3 bulan kemudian, hasilnya adalah pokok A berbunga subur dan segar. Manakala pokok B daunnya seperti terkena penyakit dan tidak subur.

Ini baru pokok, lagi kan pula kalau kita puji manusia, pasti kembang dan subur hatinya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Haidatina Aznam


Previous post

Luar Negara

Zambia nafi wabak varian baharu Covid-19

Lusaka, Zambia: Pihak berkuasa kesihatan Zambia pada Khamis menafikan laporan yang mengatakan terdapat varian baharu Covid-19 yang bermutasi dan lebih ganas di negara itu, lapor Xinhua. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 June 2023