KUALA LUMPUR – EnrichMoney, yang merupakan aplikasi e-dompet pelbagai mata wang yang disertakan bersama kad prabayar Visa oleh program kesetiaan dan gaya hidup Malaysia Airlines, Enrich memperkenalkan beberapa penambahbaikan serta ciri baharu buat penggunanya.
Dikuasakan oleh Merchantrade, EnrichMoney berfungsi sebagai teman pengembaraan dan diterima oleh lebih 430,000 peniaga Visa di Malaysia dan 80 juta peniaga Visa di seluruh dunia.
Pemegang kad tersebut juga beroleh akses kepada sehingga 20 mata wang global, mendapat mata EnrichMoney dengan berbelanja dan boleh menebus mata berkenaan untuk pulangan tunai.
Melalui tab Travel Exclusives pada aplikasi, selain daripada penerbangan dan penginapan hotel, pemegang kad kini boleh menempah lawatan serta aktiviti melalui Enrich Xperience, tawaran terkini di bawah rangkaian produk Enrich.
Selain itu, pemegang kad juga boleh melihat ke hadapan untuk pengenalan lebih banyak ciri baharu seperti geolokasi berbilang mata wang, penambahan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: