Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

FAM Dan MFL Tuntut Ilmu Dengan Singapura Cara Kendalikan VAR

today26 June 2023

Background
MFL VAR


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) telah ke Singapura bagi mempelajari cara pelaksanaan video bantuan pengadil (VAR) bersama Persatuan Bolasepak Singapura (FAS).

Artikel Berkaitan:

Turut menyertai mereka selama dua hari itu ialah wakil Astro selaku penyiar rasmi Liga Malaysia.

VAR telahpun digunakan dalam saingan Singapore Premier League (SPL) bermula musim 2023 dan FAM sebelum ini memberi bayangan teknologi itu bakal hadir dalam saingan Liga Malaysia.

Menurut kenyataan rasmi MFL, mereka telah mendapat banyak pendedahan serta maklumat tentang pelaksanaan VAR dari segi penyiaran, teknologi dan peranan pengadil.

“Pengarah Komersial FAS, Jonathan Wong memberikan penerangan awal berkenaan penggunaan VAR dalam pertandingan liga negara itu.

“Taklimat mengenai penyiaran serta teknologi dan sistem VAR pula disampaikan oleh Ketua Produksi & Kandungan FAS, Abhishek Ravikrishnan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post