Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Raaji Silk Palace terima dua anugerah

today26 June 2023

Background


PETALING JAYA – Raaji Silk Palace, rangkaian terbesar tekstil India di Malaysia telah menerima dua anugerah dalam majlis Knights Award iaitu Top Corporate Award Of The Year dan juga Fastest Growing Brand ekoran sumbangan menggalakkan syarikat dalam industri semasa.

Syarikat yang mula beroperasi sejak tahun 1997 dan memiliki 20 cawangan sehingga kini menawarkan pelbagai koleksi pakaian India bermutu tinggi  daripada segmen tradisional hinggalah kepada segmen kontemporari.

Ia menjadi pusat pilihan peminat dan pelanggan untuk mendapatkan pelbagai koleksi pakaian India terbaik termasuk tekstil pelbagai jenis serta saree, salwar kameez, lehengas dan juga aksesori.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, Raaji Silk Palace berbangga dengan pencapaian tersebut dan akan terus komited untuk mencatat kejayaan lebih cemerlang pada masa depan.

“Kami akan berusaha untuk mengukuhkan perniagaan teras kami dengan menawarkan koleksi eksklusif pakaian India terbaik kepada pasaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post